IQOO Z6 Lite telah dilancarkan secara rasminya di India. Ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 4 Gen 1 dengan binaan 6nm sekaligus menjadikannya sebagai sebuah peranti berspesifikasi asas. Kemasan tubuh sejenis berkotak dengan sokongan dwi-kamera di belakang turut digunakan pada peranti ini.

Untuk spesifikasi, iQOO Z6 Lite dilengakapi skrin 6.58-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W.


Turut disertakan adalah kemara utama 50MP + 2MP dan kamera hadapan pula 8MP. Kamera ini turut diiklankan menyokong kebolehan autofokus mata manusia dan penstabilan terbina. Turut disertakan adalah pengimbas cap jari sisi dan bicu audio 3.5mm. Untuk harga iQOO Z6 Lite dijual bermula dari INR 13,999 (~RM796).