Cari @ Amanz

Vivo kini hadir dengan Y22 sebagai model kemaskini untuk Y21 yang diumumkan sebelum ini. Ia hadir dengan kemasan tubuh berkotak dan panel hadapan bertakuk kecil. Panel belakang pula menempatkan sistem dwi-kamera dan boleh didapati dalam dua warna seperti Metaverse Green serta Starlit Blue.

Untuk spesikasi, Vivo Y22 dilengkapi skrin LCD sebesar 6.55-inci beresolusi HD+ (1612×720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MT6769, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong port sambungan USB-C.

Turut disertakan adalah kamera utama 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) dan kamera swafoto pula 8MP (f/2.0). Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.0, menjalankan Funtouch OS 12 dan pengimbas cap jari sisi. Untuk harga, Vivo Y22 dijual bermula dari INR 14,499 (~RM825).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd