Luno Malaysia Menambah Dua Lagi Penawaran Kriptowang – Solana Dan Cardano

Diterbitkan pada Sep 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Luno Malaysia kini mengumumkan penambahan dua lagi penawaran kriptowang untuk pengguna tempatan, iaitu kriptowang Cardano (ADA) dan juga Solana (SOL).

Kedua-duanya boleh dijual-beli melalui platform Luno di Malaysia bermula 21 September 2022 untuk Cardano, dan bermula 6 Oktober untuk Solana.

Dengan langkah ini, Luno terus menerajui arena bursa aset digital tempatan. Sebelum ini, Luno turut telah menambah Chainlink dan juga Uniswap pada platform mereka, pada awal tahun 2022 ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menantikan penawaran kedua-dua kriptowang baharu ini di Luno tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami