Cari @ Amanz

Realme C30s telah dilancarkan di India sebagai sebuah lagi peranti kelas asas terkini Realme. Ia membawakan tubuh dengan kemasan berkotak bersama panel hadapan bertakuk kecil. Di samping, panel belakang yang dilengkapi kamera utama tunggal. Sebagai pilihan, ia disediakan dalam beberapa pilihan warna seperti Stripe Blue dan Stripe Black.

Untuk spesifikasi, Realme C30s dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci LCD HD+ dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 88.7%. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc SC9863A, memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 64GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong port sambungan Mikro-USB.

Kamera utama sebesar 8MP, sementara itu kamera swafoto pula 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan realme UI Go Edition berasaskan Android 12, bicu audio 3.5mm, bluetooth 4.2 dan sistem pengecasan 10W. Untuk harga, Realme C30s dijual bermula INR7,499 (~RM427).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd