Carian
Google Dikatakan Sedang Membangunkan Peranti Pixel Bersaiz Kompak Baharu
September 14, 2022 Fahim Zahar

Lebih kurang sebulan sahaja lagi Google akan melancarkan Pixel 7 dan Pixel 7 Pro mereka. Pada hari pelancaran nanti, Google turut dijangka akan melancarkan beberapa peranti lain seperti tablet, Chromecast HD dan banyak lagi.

Peniris terkenal Digital Chat Station baru-baru ini mendakwa yang Google sedang membangunkan satu lagi telefon pintar. Peranti ini menggunakan kod nama neila dan dikatakan adalah sebuah peranti bersaiz kompak.

Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin dengan lubang untuk kamera swafoto dan akan menggunakan rekaan lebih kurang sama dengan Pixel 6 atau Pixel 7 iaitu penggunaan bar kamera. Tetapi masih tiada butiran lain mengenai peranti ini seperti cip pemprosesan, kamera, harga jualan dan lain-lain lagi.

Peranti kompak terbaik Pixel yang pernah kami cuba di makmal Amanz adalah Pixel 5. Mana tahu akan datang, satu lagi versi kompak akan diperkenalkan. Peranti kompak Android yang baik tidak banyak di pasaran sekarang dengan yang terkini tidak boleh dibeli di Malaysia iaitu Asus Zenfone 9.

Komen