Canva Visual Worksuite Diperkenalkan Sebagai Alternatif Microsoft Office Dan Google Workspace

Diterbitkan pada Sep 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Canva Visual Worksuite telah diumumkan hari ini dengan ia terdiri daripada beberapa aplikasi produktiviti yang membolehkan ia menjadi alternatif kepada Microsoft Office dan Google Workspace. Ini adalah usaha Canva untuk menawarkan produk yang lebih selari dengan keperluan pejabat selepas ini menawarkan aplikasi grafik dan suntingan video asas untuk mereka yang tidak mempunyai kepakaran tinggi.

Canva Docs ialah aplikasi kertas kerja seakan Words dan Docs dengan kesemua ciri asas yang sama. Kesemua 100 video, gambar, ilustrasi dan GIF dari pustaka Canva boleh digunakan untuk menghasilkan kertas kerja yang menarik. Terdapat juga ciri ‘Docs to Decks’ yang mengubah dokumen Docs menjadi slaid pembentangan secara automatik.

Seterusnya ialah Canva Websites yang mempermudahkan proses menghasilkan laman web secara WYSWYG tanpa perlu mempunyai pemahaman pengaturcaraan. Terdapat templat yang boleh digunakan dengan ia dari jenis reponsif yang berubah saiz dengan mudah apabila digunakan pada peranti mudah alih atau laman web. Terdapat ciri membeli domain terus dari aplikasi aku menggunakan domain yang telah dimiliki secara terbina.

Canva Whiteboard pula dilancarkan secara rasmi selepas selama ini diuji secara kecil-kecilan. Aplikasi ini membolehkan kolaborasi idea secara atas talian dengan ahli pasukan. Carta dan konsep lakaran serta inspirasi sebelum menjalankan projek boleh dilakukan dengan Whiteboard.

Canva Video turut dikemaskini dengan beberapa ciri baharu seperti membuang latar belakang secara automatik serta kawalan animasi yang lebih terperinci bagi menghasilkan video yang menarik. Sejak diperkenalkan, Canva Video telah digunakan untuk menghasilkan lebih 1 bilion video. Ini adalah sebahagian kecil ciri bahari yang diumumkan Canva hari ini. Untuk melihat lebih banyak ciri baharu Canva, sila ke pautan di bawah.

komen


© Amanz / 2022 Kami