Cari @ Amanz

Teknologi 6G sedang dibangunkan walaupun 5G masih belum digunakan secara meluas. Syarikat yang berjaya mencipta teknologi 6G yang terbaik bakal mendominasi pasaran di generasi seterusnya. LG sebelum ini bersaing dengan Samsung untuk mencatatkan rekod dunia jarak penghantaran data 6G yang paling jauh.

Minggu ini LG dengan kerjasama Fraunhofer Heinrich Hertz InstituteĀ Berlin berjaya mencatatkan jarak penghantaran data 6G ke 320 meter yang melangkaui rekod dunia 100 meter yang dicatatkan oleh mereka tahun lalu. Jarak ini masih lagi agak pendek jika dibandingkan dengan jarak penghantaran 5G. Ini adalah kerana 6G akan menggunakan frekuensi terahertz yang diharap dapat menawarkan kelajuan 50 kali ganda dan masa pendek sekitar 10% berbanding 5G. Dengan 6G dijangka hanya diperkenalkan bermula 2029, masih terdapat banyak masa untuk meningkatkan jarak penghantaran data yang dicatatkan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd