Cari @ Amanz

Rangkaian 5G DNB di Malaysia mencatatkan rekod di rantau Asia selepas ia yang pertama menggunakan antena radio AIR 3268 keluaran Ericsson. Antena generasi baharu yang lebih kecil serta ringan ini adalah lebih mesra alam kerana pengurangan kuasa ketika beroperasi.

Apabila dibandingkan dengan antena radio generasi terdahulu, AIR 3268 mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 18%. Dengan berat 12 kilogram dan isipadu 23 liter pula, ia turut 40% lebih ringan bagi memudahkan proses pemasangannya di menara transmisi, tiang, dinding dan bahagian atap bangunan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd