Cari @ Amanz

Bersempena dengan ulang-tahun ke-20 jenama aksesori gaming HyperX, syarikat tersebut hari ini telah memulakan promosi jualan untuk sejumlah daripada aksesori-aksesori gaming mereka.

Promosi jualan ini bermula hari ini, 15 September sehingga 30 September kelak dan menawarkan diskaun untuk sejumlah produk-produk fon kepala, mikrofon, tetikus dan juga papan kekunci.

Diantara produk-produk yang hadir dengan diskaun termasuklah fon kepala HyperX Cloud Revolver 7.1 yang dijual pada harga promosi RM399 berbanding dengan RM639, papan kekunci HyperX ALLOY MKW100 pada harga RM239 berbanding dengan RM349 dan mikrofon HyperX SoloCast USB yang dijual pada harga RM199 berbanding dengan RM269 sebelumnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jualan ini, anda boleh melayari kedai atas-talian HyperX Malaysia di Lazada.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd