Cari @ Amanz

GoPro Hero11 Black Dan Hero11 Black Mini telah dilancarkan secara rasmi dan kedua-duanya menampilkan sensor baharu beresolusi lebih tinggi. Bagi yang berminat, harga jualan untuk pasaran Malaysia telah dikongsi bermula RM1,979 untuk GoPro HERO 11 Black Mini dan boleh didapati mulai 19 September 2022. Sementara itu, GoPro HERO 11 Black pula berharga RM2,399 dan ketersediaan bermula 25 September 2022.

GoPro HERO 11 Black dilengkapi kamera bersensor 27MP yang menyokong warna 10-bit bersama kebolehan rakaman bingkai penuh pada nisbah 8:7 beresolusi 5.3K. Mod HyperView boleh dirakam pada nisbah paparan 16:9 dan video pusingan 360 darjah yang dikunci secara mendatar pada 5K/30FPS. Turut disertakan adalah resolusi video 5K/60FPS, 4K120FPS dan rakaman gerak-masa Vehicle Lights/Star Trails/Light Pain. Sistem penstabilan video HyperSmooth 5.0 turut dikemaskini dengan Auto Boost untuk menstabilkan pergerakan lebih lasak.

Seperti namanya, GoPro Hero11 Black Mini mempunyai tubuh yang kompak tanpa panel LCD terbina. Sebaliknya, ia mempunyai paparan kecil bersebelahan dengan butang terbina pada sisi kiri. Perkakasan dalamannya adalah sama seumpama GoPro HERO 11 Black termasuklah sokongan untuk HyperSmooth 5.0 yang mampu menyajikan penstabilan lebih baik. Turut disertakan adalah bateri 1,500mAh yang tidak boleh ditanggalkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd