Khaby Lame Menerima RM3.4 Juta Untuk Video TikTok Berbayar

Diterbitkan pada Sep 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mustahil sekiranya anda pengguna TikTok dan tidak mengenali siapa Khaby Lame. Selebriti atas talian ini berasal dari Senegal sebelum berpindah ke Itali semasa kecil. Beliau hanya menyertai TikTok pada tahun 2020 selepas diberhentikan kerja dari kilang tetapi kini boleh meminta bayaran sehingga $750,000 (RM 3.4 juta) untuk setiap video berbayar di TikTok. Sesuai dengan status beliau sebagai individu dengan 149.5 juta pengikut yang juga adalah yang tertinggi di TikTok.

Ini didedahkan beliau sendiri menerusi temubual bersama Fortune. Beliau yang dijangka menjana pendapatan $10 sepanjang tahun 2021. Secara purata beliau dibayar $400,000 (~RM 1.8 juta) untuk video berbayar menerusi akaun beliau. Selain menghasilkan video beliau turut menjana pendapatan dengan menjadi duta produk seperti Hugo Boss baru-baru ini.

Selepas berjaya menakluk TikTok, Khaby kini ingin menakluk dunia lakonan pula dengan menghabiskan sehingga 3 jam sehari mempelajari bahasa Inggeris. Harapan beliau ialah untuk berlakon bersama Will Smith di masa hadapan.

Pengajaran daripada kehidupan Khaby Lame ialah jangan cepat mengalah kerana dalam masa dua tahun sahaja masa depan boleh berubah jika mempunyai bakat yang unik dan nasib yang baik.

komen


© Amanz / 2022 Kami