Cari @ Amanz

Vivo dikhabarkan bakal mengembangkan lagi rangkaian peranti di bawah siri X80. Ia mungkin dikenali sebagai X80 Lite dan maklumat mengenainya telah tertiris menerusi perkongsian terkini WinFuture. Ia bukan sahaja berkongsi reka bentuk malahan perkakasan dalaman turut disertakan.

Ia menunjukkan peranti kelak hadir dengan dua warna berbeza iaitu hitam dan jingga. Ia kemudiannya menggunakan panel hadapan bertakuk kecil bersama sistem tri-kamera di belakang. Paparannya adalah sejenis AMOLED 6.44-inci beresolusi 2404×1080 piksel dan kadar segar semula 90Hz.

Cip pemprosesan yang digunakan pula adalah Dimensity 900 lengkap dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan kebolehan kad mikroSD. Turut disertakan kamera 64MP bersama sensor ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Kamera hadapan pula sebesar 50MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 4,500mAh dengan sistem pengecasan 44W, menjalankan FunTouchOS12, NFC, Bluetooth 5.2 dan pengimbas cap jari. Tiada maklumat mengenai pelancaran yang diketahui tetapi ia mungkin dijual dengan julat harga sekitar 450 euro (~RM2,031).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd