China mengumumkan penemuan mineral baharu di permukaan bulan yang diberi nama Changesite-(Y). Mineral yang telah disahkan sebagai penemuan baharu oleh International Mineralogical Association (IMA). Dengan ini China menjadi negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia yang berjaya menemukan mineral baharu di permukaan bulan.

Setakat ini hanya enam mineral baharu telah ditemukan di bulan sejak manusia mula menghantar proba ke permukaannya. Yang menjadikan penemuan ini menarik ialah Changesite-(Y) didapati mempunyai elemen Helium-3 yang boleh menjadi sumber bahan api nuklear untuk reaktor reaksi pelakuran yang bersih kerana tidak menghasilkan sisa radioaktif. Dianggarkan terdapat 1.1 juta tan metrik Helium-3 di permukaan bulan yang sekiranya dilombong berpotensi menjadi sumber bekalan tenaga bersih.
Changesite-(Y) ditemukan dalam sampel tanah bulan seberat 1.73 kilogram yang telah berjaya dihantar pula ke bumi oleh proba angkasa Chang’e 5 pada tahun 2020.
- Sumber
- Sumber – Popular Mechanics