Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Mengimport Fail Sandaran Sendiri

Diterbitkan pada Sep 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengurusan data untuk WhatsApp pada hemat saya adalah tidak begitu baik walaupun mereka sudah menemui jalan pemindahan data Android ke iOS dan sebaliknya. Tetapi fail sandaran yang lepas, jika anda adalah pengguna Android ia akan kekal di Google Drive dan jika iOS akan kekal di iCloud tanpa boleh diakses oleh pengguna.

Kini, WABetaInfo menemui ciri baharu yang sedang diuji oleh WhatsApp iaitu mengimport fail sandaran sendiri.

Ciri ini bukannya baru, kerana sebelum ini ia sudah pun diperkenalkan. Cuma jika akaun WhatsApp anda pernah dihubungkan dengan Google untuk sandaran ke Google Drive – kemampuan import ini hilang. Ciri ini adalah untuk mereka yang tiada akaun Google dan melakukan sandaran pada peranti sahaja.

WhatsApp mungkin mengembalikan ciri ini kerana akan datang, fail sandaran akan menggunakan kuota storan Google Drive. Jadi mungkin akan ada pilihan eksport ke peranti dan jika ingin menggunakan semula WhatsApp pengguna boleh mengimport fail sandaran yang diingini.

komen


© Amanz / 2022 Kami