Adobe Membeli Figma Pada Nilai RM90 Bilion
September 15, 2022
Perisian
Aman
Adobe hari ini mengumumkan akan mengambil-alih salah satu aplikasi popular dikalangan para perekabentuk, iaitu Figma.
Adobe akan mengambil-alih Figma pada nilai RM90 bilion ($20 bilion). Ini sekaligus akan terus mengukuhkan kedudukan Adobe dalam arena rekabentuk dan grafik. Sebelum ini, penawaran Adobe XD bersaing dengan Figma, dan kini kedua-duanya mungkin melengkapkan satu sama lain.

Figma menawarkan kemudahan untuk para perekabentuk membangunkan antaramuka aplikasi atau web dengan mudah. Disamping itu, Figma turut mempunyai komuniti yang agak aktif.
Dengan pengambil-alihan ini, Adobe mungkin menyatukan penawaran Figma melalui Adobe Creative Suite.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.