Ethereum Selesai Menaik-Taraf Rantaian-Blok Ke Era Baharu

Diterbitkan pada Sep 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ethereum rantaian-blok dengan nilai kedua tertinggi di dunia pada hari ini, dan kini telah pun selesai melakukan naik-taraf yang dinantikan ramai setelah sekian lama.

Naik-taraf ini mengubah rantaian-blok berkenaan daripada PoW (Proof-of-Work) kepada bentuk PoS(Proof-of-Stake). Ia juga sekaligus membolehkan penggunaan tenaga olehnya dikurangkan pada kadar yang sangat drastik berbanding sebelumnya – sehingga 99%.

Dengan perubahan ini, ia sekaligus mengubah bagaimana sesuatu proses perlombongan dilakukan. Sebelum ini, Ethereum memerlukan perlombongan dengan pengesahan dilakukan melalui sejumlah komputer yang melakukan pengiraan dan menyelesaikan formula – sekaligus menambah blok baharu apabila suatu penyelesaian berjaya dilakukan.

Namun, dengan langkah baharu ini, ia melakukan perubahan, sekaligus tidak memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi seperti sebelum ini – serta menjadikan Ethereum lebih mesra alam berbanding sebelum ini. Ia kini menggunakan konsep pemancangan, dan menawarkan mereka menjadi “validator” dengan hasil baharu.

Dengan kaedah PoS baharu, kadar kriptowang baharu yang dihasilkan juga akan agak mengecil, disamping memerlukan mereka yang ingin menjadi “validator” untuk tidak menggunakan token mereka untuk suatu tempoh masa. Ini juga turut mengehadkan peredearan kriptowang tersebut di pasaran – dan mungkin membawa kepada peningkatan nilainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami