Cari @ Amanz

Zoom merupakan platform yang kini dikenali ramai sebagai penyedia perkhidmatan panggilan video dan juga panggilan telesidang. Dengan digunakan secara meluas oleh syarikat perusahaan, kini Zoom turut ingin memperluaskan penawaran meliputi beberapa produk baharu.

Terbaru, Zoom dilaporkan akan memperkenalkan aplikasi emel dan kalendar mereka tersendiri tidak lama lagi.

Zoom dijangka mengumumkan pengenalan kedua-dua produk ini pada November ini, dimana masing-masing mungkin dikenali sebagai Zmail dan Zcal.

Langkah ini sekaligus akan membuatkan Zoom terus bersaing dengan Google dan Microsoft – dimana kedua-dua gergasi tersebut turut telah memfokuskan penawaran telesidang mereka melalui Google Meet dan juga Microsoft Teams.

Sama-sama kita nantikan lanjut, dan melihat bagaimana Zoom mula mencabar kedua-dua pasaran yang didominasi oleh syarikat gergasi Microsoft dan Google, serta apakah keunikkan dan integrasi yang bakal ditawarkan Zoom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd