Carian
Siri Apple iPhone 14 Kini Sudah Boleh Dipra-tempah Di Malaysia
September 16, 2022 Aman

Apple hari ini telah membuka pra-tempahan untuk siri iPhone 14, membolehkan para pengguna di Malaysia akhirnya melakukan pra-tempahan untuk model yang diminati mereka, dan menerimanya bermula minggu hadapan.

Terdapat empat model ditawarkan, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Ke semua model akan dijual bermula minggu hadapan, 23 September 2022, tetapi hanya model iPhone 14 Plus akan ditawarkan bermula 7 Oktober 2022 kelak.

Menjadi fokus ramai pada pengenalan siri kali ini adalah iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Kedua-duanya hadir dengan cip baharu Apple A16 Bionic, rekaan skrin dengan berlubang berbentuk “pil”, dan dipanggil Dynamic Island melalui sokongan perisian, serta kamera yang lebih berkuasa.

Di Malaysia, berikut merupakan harga jualan rasminya:

iPhone 14

  • iPhone 14 128GB – RM4199
  • iPhone 14 256GB – RM4699
  • iPhone 14 512GB – RM5699

iPhone 14 Plus

  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4699
  • iPhone 14 Plus 256GB – RM5199
  • iPhone 14 Plus 512GB – RM6199

iPhone 14 Pro

  • iPhone 14 Pro 128GB – RM5299
  • iPhone 14 Pro 256GB – RM5799
  • iPhone 14 Pro 512GB – RM6799
  • iPhone 14 Pro 1TB – RM7799

iPhone 14 Pro Max

  • iPhone 14 Pro Max 128GB – RM5799
  • iPhone 14 Pro Max 256GB – RM6299
  • iPhone 14 Pro Max 512GB – RM7299
  • iPhone 14 Pro Max 1TB – RM8299

Selain melalui laman jualan rasmi Apple, pra-tempahan juga turut boleh dilakukan melalui beberapa pengedar rasmi Apple, selain syarikat telekomunikasi.

Komen