Cari @ Amanz

Kemas kini iOS 16 yang diberikan minggu ini mengembalikan ciri memaparkan peratusan bateri pada bahagian atas skrin yang dihentikan selepas iPhone X dikeluarkan. Tetapi ciri ini hanya boleh digunakan pada beberapa model iPhone yang lebih terkini sahaja. Tetapi dalam ujian iOS 16.1 Beta yang diberikan beberapa hari lalu, ciri ini akhirnya diberikan kepada semua peranti dengan Face ID.

Pengguna iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini, dan iPhone 13 mini tidak akan lagi terasa diri mereka seperti telah dianak tirikan oleh Apple selepas ini. Alasan yang diberikan sebelum ini ialah peranti-peranti ini tidak mempunyai ruang yang cukup di atas skrin untuk memaparkan peratusan bateri. Tiada tarikh bila iOS 16.1 akan diberikan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd