Cari @ Amanz

Honor X40 telah dilancarkan di China sebagai sebuah lagi peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 695. Peranti turut hadir dengan 6.67″ AMOLED FHD+ 120Hz, memori sehingga 12GB RM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 5100 mAh yang menyokong pengecasan 40W.

Kamera utama di belakang adalah gabungan lensa sudut lebar 50MP dan sensor kedalaman 2MP. Adalah agak jarang sekali melihat peranti Android moden dengan hanya dwi-kamera sekarang. Di hadapan pula kamera swafoto 8MP digunakan.

Terdapat pengimbas cap jari terbina di dalam skrin yang juga dari jenis melengkung ke sisi. Satu lagi ciri menarik ialah terdapat sistem menambah memori secara maya sehingga 7GB. Peranti juga menggunakan sistem operasi Magic UI 6.1 berasaskan Android 12.

Harga jualan peranti bermula dari RMB 1499 (~RM971) untuk 6/128GB dan meningkat ke RMB 2299 (~RM1490) untuk 12/256GB.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd