Komisi Pengawasan Persaingan Usaha (KPPU) mengumumkan siasatan atas Google di Indonesia kerana didakwa melakukan amalan perniagaan yang tidak adil kepada pengguna tempatan. Selain itu Google didakwa menyalahkan kedudukan dominan mereka di pasaran serta melakukan diskriminasi dalam pasaran aplikasi Play Store.
Antara amalan yang dilihat sebagai tidak adil ialah mewajibkan penggunaan Google Play Billing dalam pembelian dalam aplikasi (IAP). Google mengambil potongan 15-30% dari setiap pembayaran berbanding 5% yang diambil oleh sistem pembayaran lain di Indonesia.
Menurut KPPU, Google memegang 93% pasaran peranti aplikasi peranti di Indonesia dan oleh itu keperluan menggunakan sistem pembayaran mereka dilihat sebagai menyalahkan kedudukan dominan mereka.
Dengan siasatan oleh KPPU, Indonesia menjadi satu lagi negara selepas Korea Selatan dan Kesatuan Eropah yang menyiasat amalan Google yang dilihat sebagai anti persaingan.