Cari @ Amanz

Saintis tidak tahun banyak perkara mengenai haiwan purba seperti dinosaur. Setiap tahun fosil bahari ditemukan dan ia mengubah teori yang diutarakan sebelum ini. Sebagai contoh saintis kini percaya T-Rex berkicau seperti burung, tidak berlari dengan pantas dan berbulu seperti ayam. Dalam sebuah fosil di Australia, saintis kini mengetahui bentuk sebenar jantung ikan arthrodire yang hidup sekitar 380 juta tahun yang lalu.

Yang menjadikan penemuan ini lebih menarik ialah bentuk jantung terpelihara dalam bentuk asal dan tidak leper walaupun sudah berusia ratusan juta tahun. Saintis kemudiannya menggunakan pancaran neutron dan x-ray synchotron untuk mengimbas struktur jantung yang terpelihara dalam lapisan batu kapur.

Hasilnya ialah saintis kini mendapati jantung ikan ini berbentuk S dengan dua kebuk. Berdasarkan spesimen ini, saintis mendapat lebih banyak maklumat bagaimana organ jantung berevolusi sejak ratusan tahun yang lalu. Selain jantung, organ hati, usus dan perut ikan ini turut terpelihara dengan baik. Ini bukan kali pertama fosil ditemukan dalam fosil berusia jutaan tahun. Tahun lalu embrio dinosaur dalam telur telah ditemukan di China.

  • Sumber
Science Alert[/sumbr]

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd