Carian
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Lulus Cadangan Penggabungan Digi Dan Celcom
September 17, 2022 Aman

Digi dan Celcom telah menyatakan akan bergabung dibawah satu entiti sejak awal tahun 2021 lepas. Ia seterusnya telah melalui sejumlah fasa, termasuk pengesahan pihak pemegang saham, pengesahan pihak SKMM, dan kini mereka turut menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ia dikatakan Suruhanjaya Sekuriti telah mengesahkan dan meluluskan struktur ekuiti Bumiputera dalam Digi berikutan dengan penggabungan tersebut.

Selepas penggabungan, saham terbitan yang diperuntukkan kepada Bumiputera akan menjadi 12.5%, turun 18.8% sebelum gabungan.

Dengan pengesahan terbaru ini, ia membawa setapak lagi menghampiri dalam menyelesaikan transaksi gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi besar ini.

Komen