Intel kini menyatakan mereka tidak lagi akan menggunakan penjenamaan Pentium dan Celeron, sebaliknya akan memanggil kedua-duanya dibawah jenama baharu, iaitu Intel Processor.
Perubahan ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula tahun 2023 untuk kategori komputer riba.

Sebelum ini, jenama Intel Pentium telah diperkenalkan pada 1993 lepas. Ketika itu, ia menjadi penjenamaan untuk cip mercu, dan dikenali dengan penggunaan angka, seperti Pentium I, Pentium II dan sebagainya. Namun, selepas bertahun, ia digantikan dengan jenama cip mercu lebih berkuasa dibawah nama Intel Core.
Sekitar 2006, jenama Intel Pentium telah digunakan untuk cip berkuasa pertengahan. Sementara Intel Celeron pula sejak awal memfokuskan kepada penawaran komputer berharga lebih kompetitif dan spesifikasi asas.
Dengan penjenamaan baharu ini, cip Intel Processor akan memfokuskan kepada penawaran komputer berspesifikasi pertengahan dan juga rendah.
Sementara jenama Intel Core, Intel Evo dan Intel vPro akan memfokuskan kepada jenama mercu mereka.