MySejahtera Mengubah Nombor Servis SMS Rasmi

Diterbitkan pada Sep 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MySejahtera kini mengumumkan mereka akan mula menggunakan nombor servis SMS yang baharu dalam menghantar sebarang notifikasi.

Tiga nombor servis SMS yang akan digunakan adalah 68808, 68088 dan juga 63001.

Pada masa yang sama, ia turut ditekankan yang mana orang ramai berhati-hati dengan SMS atau sebarang pautan mencurigakan yang dihantar dari nombor tidak dikenali.

Sebelum ini, terdapat pihak ketiga yang menghantar SMS bersama pautan yang mencuri data dan wang dari pengguna. Ia juga menimbulkan keraguan ketika itu, kerana ia dihantar seolah-solah daripada pihak MySejahtera, dan menggunakan nombor servis SMS yang serupa dengan pihak kerajaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami