Carian
EVGA Menghentikan Pengeluaran Kad Grafik
September 17, 2022 Effi Saharudin

EVGA syarikat yang memulakan operasi sejak 1999 mengumumkan mereka akan menghentikan pengeluaran kad grafik mereka. Pengumuman yang dilakukan secara mengejut ini berikutan hubungan antara mereka dan NVIDIA yang tegang.

Buat masa ini EVGA tidak bercadang melakukan kerjasama dengan AMD atau Intel untuk mengeluarkan kad grafik dengan GPU syarikat ini. Walaupun pengeluaran kad grafik telah dihentikan secara seta mereta, EVGA masih akan memenuhi jaminan ke atas kad yang telah dibeli oleh pelanggan.

Pengeluaran tenaga kerja akan dilakukan berikutan penghentian pengeluaran kad grafik dengan sebahagian dikekalkan dengan dipindahkan ke bahagian lain syarikat. Walaupun EVGA telahpun melengkapkan ujian ke atas GPU RTX40, pengeluaran tidak akan diteruskan.

Komen