Apple Guna Cip Qualcomm Untuk Komunikasi Satelit Pada iPhone 14

Diterbitkan pada Sep 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple baru-baru ini telah pun memperkenalkan iPhone 14 secara rasminya, dan turut menyertakan sokongan komunikasi satelit bersama-sama dengannya.

Kini, melalui semakan iFixit, ia dilihat Apple menggunakan cip daripada Qualcomm yang menjana sokongan komunikasis atelit, selain turut menyertakan komponen cip tambahan yang direkabentuk oleh Apple.

Ia dilihat iPhone 14 Pro Max yang diuji oleh pihak iFixit menggunakan cip modem Qualcomm X65. Cip tersebut menyokong rangkaian 5G untuk selular, selain turut menyokong gelombang n53, sebuah gelombang frekuensi yang digunakan oleh satelit Globalstar.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ciri komunikasi satelit ini tidak disokong di Malaysia. Apple hanya sekadar mengaktifkan ciri ini di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami