Carian
Maybank : Pengaktifan Secure2U Hanya Melalui Aplikasi MAE Bermula 26 September, Tiada Lagi Di M2U MY
September 18, 2022 Aman

Maybank kini memaklumkan pengguna, dimana semua pengaktifan baharu untuk Secure2U akan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE sahaja, bermula 26 September 2022 kelak, dan tidak lagi boleh dilakukan melalui aplikasi M2U MY.

Secure2U adalah ciri yang disediakan pihak Maybank dalam melakukan pengesahan sesuatu transaksi – menggantikan penggunaan SMS TAC sebelum ini. Untuk mula menggunakannya, pengguna perlu mengaktifkan penggunaan Secure2U pada peranti mereka – dan seterusnya menggunakan ia dalam melakukan pengesahan transaksi.

Sekiranya anda sedia melakukan pengaktifan pada peranti anda menggunakan M2U MY, maka anda boleh kekal menggunakan ciri mengesahkan transaksi seperti biasa.

Perubahan ini hanya untuk pengaktifan pada peranti baharu sahaja.

Disamping itu, bermula 8 Oktober 2022 juga, pengaktifan Secure2U akan mengambil tempoh selama 12 jam sebelum diaktifkan pada peranti berbeza.

Komen