GoPro Hero11 Black Creator Edition Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM3399

Diterbitkan pada Sep 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa kamera aksi GoPro terbaru, iaitu GoPro Hero11 Black dan GoPro Hero11 Black Mini akan ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM2399 dan RM1979 bermula hari ini untuk GoPro Hero11 Black dan pada 25 Oktober untuk GoPro Hero11 Black Mini.

Terkini, model ketiga untuk GoPro Hero11 Black telah diperkenalkan, iaitu Gopro Hero11 Black Creator Edition yang hadir dengan sejumlah aksesori tambahan seperti Light Mod, Media Mod dan juga Volta Grip.

Light Mod merupakan aksesori lampu tambahan untuk menambahkan sumber cahaya untuk kamera GoPro Hero11 Black, manakala Media Mod boleh digunakan untuk menambah aksesori-aksesori lain seperti mikrofon dan sebagainya.

Untuk Volta Grip pula, selain daripada digunakan sebagai sebuah pencagak dan tripod untuk kamera GoPro ini, ia juga hadir dengan bateri Enduro terbina didalamnya untuk memberikan kamera GoPro ini jangkahayat bateri tiga kali lebih panjang berbanding dengan apa yang ditawarkan pada GoPro Hero11 Black.

Sama seperti GoPro Hero11 Black, GoPro Hero11 Black Creators Edition juga sudah mula dijual bermula hari ini pada harga RM3399 dan boleh dibeli di kedai-kedai kamera dan diedarkan secara rasmi oleh Ingram Micro Sdn Bhd.

komen


© Amanz / 2022 Kami