Carian
OnePlus Mengacah Pengenalan Jam Tangan Pintar Dibawah Jenama Nord
September 19, 2022 Aman

OnePlus sedia mempunyai jenama Nord yang menyasarkan penawaran peranti berspesifikasi pertengahan. Kini, selain daripada telefon pintar, OnePlus mengacah pengenalan jam tangan pintar dibawah jenama Nord.

Melalui laman rasmi di OnePlus India, pengeluar berkenaan mengacah pengenalan satu demi satu ciri-ciri jam tangan pintar berkenaan secara berperingkat, bermula minggu ini.

Daripada gambaran yang diperlihatkan, ia menunjukkan jam tangan pintar berkenaan akan membawa rekaan muka jam empat segi, selain sebuah pemutar fizikal pada bahagian tepi.

Dengan jenama Nord, ia juga dijangka akan menawarkan harga lebih kompetifif berbanding penawaran OnePlus sendiri.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi jam tangan pintar dibawah Nord ini tidak lama lagi.

Komen