Carian
PerantiSiswa Dijangka Akan Selesai Diedar Pada November
September 19, 2022 Aman

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi sasaran untuk selesai mengedarkan peranti-peranti dibawah inisiatif PerantiSiswa menjelang November 2022 kelak.

Sehingga kini, lebih 300,000 permohonan telah diterima untuk fasa pertama dan juga fasa kedua. Malah, pengedaran untuk fasa pertama telah pun dimulakan dan sedang dilaksanakan secara berperingkat.

Pengedaran untuk fasa pertama dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu lagi, sebelum pengedaran untuk fasa kedua bermula sekitar Oktober kelak.

Inisiatif PerantiSiswa menawarkan tablet berjenama Samsung dengan sejumlah aksesori kepada para pelajar dari keluarga B40 dalam mengurangkan beban dan membantu mengikuti pembelajaran pada era digital masa kini.

Buat masa ini, permohonan untuk pengedaran fasa kedua masih dibuka, sehingga 30 September 2022 kelak.

Komen