Maklumat Mengenai Google Tensor G2 Tertiris – Masih Menggunakan CPU A76

Diterbitkan pada Sep 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip Google Tensor G2 akan digunakan pada Pixel 7 kelak. Kini maklumat mengenai cip ini telahpun tertiris ke arena web dan ia mungkin akan mengecewakan mereka yang inginkannya mempunyai prestasi sebaik Snapdragon 8+ Gen 1 atau Apple A16.

Berdasarkan maklumat yang ditiriskan Kuba Wojciechowski  seorang pembangun, markah penanda aras Geekbench menunjukkan Tensor G2 dilengkapi dua teras CPU Cortex-X1, dua teras CPU Cortex-A76 dan empat teras CPU Cortex-A55. Ini adalah teras yang sama digunakan pada Tensor G1.

Sungguhpun begitu Tensor G2 akan menggunakan teknologi 4nm Samsung berbanding 5nm Samsung yang digunakan Tensor G1. Kelajuan teras utama juga lebih tinggi yang meningkatkan prestasi sekitar 10% pada Tensor G2.

Maklumat di atas sekiranya benar mungkin akan mengecewakan mereka yang ingin membeli peranti Pixel 7 tetapi strategi Google nampaknya bukan menggunakan cip yang paling berkuasa tetapi cip yang direka khusus untuk keperluan mereka sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami