Carian
Rockstar Games Mengesahkan Rangkaian Mereka Di Ceroboh Pihak Ketiga, Dan Informasi GTA 6 Tertiris
September 19, 2022 Aman

Rockstar Games kini mengeluarkan kenyataan rasmi, mengesahkan yang mana mereka mengalami pencerobohan rangkaian oleh pihak ketiga, dimana pihak ketiga ini telah mengakses dan memuat-turun sejumlah informasi rahsia daripada sistem Rockstar. Ini termasuk juga bahan pembangunan awal untuk permainan GTA 6 telah diakses oleh pihak penceroboh tersebut.

Walaubagaimanapun, Rockstar mengatakan mereka menyasarkan tiada sebarang gangguan terhadap perkhidmatan permainan mereka, atau pembangunan projek disebabkan oleh ketirisan ini.

Namun, pada masa yang sama, mereka menyatakan dukacita disebabkan maklumat pembangunan permainan generasi akan datang mereka tertiris dalam kaedah sebegini.

Komen