Realme kini berkongsi jadual pengenalan kemaskini awal Android 13 untuk telefon-telefon keluaran mereka pada peringkat global.
Melalui jadual yang dikeluarkan, peranti awal yang akan menerimanya adalah bermula daripada Realme GT2 Pro sejak Ogos 2022 lepas, dan diikuti dengan Realme GT Neo 3, dan juga Realme GT 2 pada bulan September 2022 ini.

Jadual Realme turut memperlihatkan akses awal ini akan ditawarkan secara berperingkat untuk pelbagai model mereka, sehingga suku ketiga 2023 kelak.
Realme turut menekankan jadual yang dikeluarkan adalah untuk pengenalan versi akses awal, dan tertakluk kepada pasaran India terlebih dahulu. Pengenalan kemaskini untuk pasaran global dan versi stabil akan diperkenalkan selepas itu – tanpa memberikan tarikh nyata untuknya.
Apa pun, dengan perkongsian ini, ia memperlihatkan Realme tidak melupakan pengguna mereka, dan merancang pengenalan kemaskini Android 13 untuk sejumlah peranti keluaran mereka.