Harga Pixel Watch Dikatakan Lebih Mahal Berbanding Jam Apple Dan Samsung

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. oleh .

Hanya beberapa minggu sahaja lagi untuk Google melancarkan Pixel 7, Pixel 7 Pro dan Pixel Watch mereka. Informasi mengenai produk-produk ini sudah banyak tertiris, seperti baru-baru ini cip Google Tensor G2 yang dikatakan masih lagi menggunakan CPU A76.

Terkini, 9to5Google telah melaporkan harga jualan Pixel Watch. Jam ini akan hadir dengan dua model, iaitu WiFi sahaja dan juga LTE. Jam-jam ini akan ditawarkan dengan pilihan warna hitam, perak atau emas dengan model WiFi dan LTE mempunyai perbezaan warna pada tali jam.

Model WiFi dikatakan akan dijual pada harga $349.99 (~RM1,594), sementara model LTE pada harga $399.99 (~RM1,822). Harga jualan ini dilihat lebih mahal berbanding Apple Watch SE 2, yang dijual pada harga bermula RM1,199 dan Samsung Galaxy Watch 5 yang bermula pada harga RM1,099.

komen


© Amanz / 2023 Kami