Sony ialah jenama teknologi Jepun yang tidak asing lagi namanya, dimana mereka terkenal untuk konsol permainan, televisyen dan juga siri kamera mereka. Terkini, Sony dijangka akan memasuki industri storan komputer pula dengan sub-jenama terbaru mereka, Nextorage.

Nextorage ialah jenama storan yang dimulakan oleh Sony untuk membangunkan storan buat konsol permainan Sony PlayStation 5 mereka terlebih dahulu, tetapi kini nampaknya mereka akan mengembangkan penawarannya dengan sejumlah storan baru yang menggunakan teknologi PCIe 5.0.
Di acara Tokyo Game Show tempohari, Nextorage memperlihatkan storan-storan SSD PCIe 5.0 ini dalam beberapa pilihan storan berbeza, termasuklah 1TB, 2TB dan 4TB. Mereka mengatakan bahawa storan-storan ini hadir dengan kelajuan pembacaan data sepantas 9500MB/s dan penulisan data 8,500MB/s.

Kelajuan storan SSD PCIe 5.0 dijangka akan meningkat lebih laju lagi pada pertengahan tahun hadapan apabila cip-cip storan 3D keluaran Micron dan SK Hynix dikeluarkan, tetapi buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Nextorage akan memperkenalkan pilihan-pilihan storan mereka ke pasaran perkomputeran pengguna.
- Sumber
- Hermitage Akihabara