Kini Anda Boleh Mengawal Keutamaan Muat-Turun Pada Telegram Di Android

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu ciri yang sedia ditawarkan pada Telegram di iOS sehingga kini adalah ciri mengawal keutamaan muat-turun atau, “Prioritize Downloads”. Kini, selepas dinantikan sekian lama, ciri tersebut turut diperluaskan untuk pengguna Android.

Melalui kemaskini terbaru Telegram untuk Android, ia menawarkan ciri ini, membolehkan para pengguna untuk mengawal muat-turun yang dilakukan melalui Telegram, dan fail manakah yang patut diberikan keutamaan dalam memuat-turun.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan anda memuat-turun sesuatu fail utama dengan lebih pantas, berbanding dokumen lain melalui Telegram.

Disamping kemaskini ini, Telegram untuk Android turut menyertakan sejumlah ciri baharu melalui kemaskini terkini, termasuk sokongan reaksi pada mesej.

komen


© Amanz / 2022 Kami