Cari @ Amanz

Siri iPhone 14 sudah pun dilancarkan dengan jualan sudah bermula sejak minggu lepas. Baru sahaja beberapa minggu ia jatuh ke tangan pemilik, sudah banyak masalah dilaporkan seperti baru-baru ini peranti mengalami masalah kamera bergetar ketika menggunakan aplikasi kamera pihak ketiga.

Apple dikatakan akan menyelesaikan masalah ini dengan kemaskini bermula minggu hadapan. Terkini, MacRumors melaporkan yang ramai pengguna iPhone 14 mempunyai masalah AirDrop. Pengguna dilihat tidak boleh menghantar fail jika tetapan AirDrop ditetapkan kepada Contacts Only. Penerima fail akan melihat mesej Waiting… dan tidak menerima sebarang pengesahan untuk menerima fail yang ingin dihantar.

AirDrop dilihat hanya boleh digunakan jika ditetapkan kepada Everyone sahaja. Isu ini dilihat berlaku hanya kepada pengguna iPhone 14 dan bukan masalah pada iOS 16. Sumber turut menyatakan Apple sudah sedari akan masalah ini dan menjanjikan kemaskini akan diedarkan untuk membaiki masalah ini di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd