Vivo Y16 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM599

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, peranti di bawah siri Vivo Y telah dikemas kini dengan penawaran baharu menerusi model Y16. Bagi yang berminat, peranti ini telah ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM599 (4GB/64GB) dan RM699 (4GB/128GB). Ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Vivo atau pengedar sah mereka di Lazada dan Shopee.

Vivo Y16 merupakan sebuah telefon pintar Android kelas permulaan menerusi penggunaan cip MediaTek Helio P35. Ia kemudiannya dipadankan dengan skrin IPS LCD 6.51-inci HD+, memori 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri 5000mAh. Kamera utama di bahagian belakang menggabungkan sensor 13MP (utama) + 2MP (makro) dan kamera swafoto pula 5MP.

Turut disertakan ialah sambungan port USB-C, pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, Bluetooth 5.0 dan menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Stellar Black dan Drizzling Gold.

komen


© Amanz / 2022 Kami