Cari @ Amanz

Siri Vivo X adalah peranti yang memfokuskan kepada fotografi dengan menggunakan sensor besar, sistem gimbal dan algoritma kamera tersendiri yang hebat. Selain itu, Vivo turut menggunakan teknologi daripada Zeiss untuk memastikan kualiti kamera mereka menjadi antara yang terbaik di pasaran.

Peniris terkenal IceUniverse mendakwa yang Disember akan datang, Vivo akan melancarkan Vivo X90 Pro+ yang dikatakan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, peranti turut akan menggunakan sensor kamera 1-inci, sensor telefoto baharu dan juga algoritma telefoto baharu.

Untuk memori, Vivo dikatakan akan menggunakan RAM dengan teknologi LPDDR5x dan storan dalaman pantas UFS 4.0. Sumber turut menjelaskan yang spesifikasi kamera telefoto Vivo X90 Pro+ akan sama dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dan Galaxy S23 Ultra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd