Carian
Lebih banyak Pengeluar Peranti China Akan Menggunakan Sensor Kamera 1″ Pada Hujung 2022 Ke 2023
September 20, 2022 Fahim Zahar

Teknologi kamera pada telefon pintar semakin lama semakin hebat. Xiaomi antara yang mula menggunakan sensor besar dengan Mi 11 Ultra, tetapi kini sudah tewas dengan Honor Magic4 Ultimate. Beberapa bulan lalu, Xiaomi sekali cuba memecah rekod dengan menyertakan sensor kamera 1-inci kerjasama bersama Leica melalui Xiaomi 12S Ultra.

Xiaomi turut menyatakan yang sensor kamera 1″ Sony IMX989 yang dibina bersama Leica tidak akan menjadi eksklusif kepada Xiaomi sahaja dan turut akan digunakan oleh pesaing. Peniris terkenal IceUniverse, mendakwa yang bermula hujung tahun 2022 ke tahun 2023, lebih banyak pengeluar peranti China akan menggunakan sensor kamera 1-inci ini.

Xiaomi, Oppo, Vivo dan Honor antara yang akan menggunakan sensor kamera ini dan peranti mereka akan dipasarkan secara lebih meluas di peringkat global dan tidak terhad di China sahaja. Cuma buat masa ini masih tidak pasti peranti apa yang akan menggunakan sensor ini.

Xiaomi mungkin dengan siri Xiaomi 13, Oppo pula dengan siri Find X, Vivo dengan siri X90 Pro+, dan Honor mungkin dengan Magic5. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen