Vivo V25 Pro Kini Rasmi – Dijana Dimensity 1300, Panel Belakang Boleh Ubah Warna, Harga RM2,499

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo V25 Pro sudah pun dilancarkan di India pada bulan lalu. Hari ini, Vivo mula melancarkan peranti ini untuk pasaran tempatan. Peranti ini adalah versi Pro kepada Vivo V25 yang dilancarkan sebelum ini dengan panel belakang kaca Fluorite AG yang boleh berubah warna mengikut keadaan cahaya.

Peranti ini menggunakan skrin 6.56-inci panel AMOLED jenis melengkung FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1300 yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM, menyokong memori maya Extended RAM sehingga 8GB tambahan dan storan dalaman UFS 3.1 yang mencapai sehingga 256GB.

Konfigurasi kamera adalah 64+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 32 Megapixel. Peranti turut menyokong rakaman video Super Night Video, mod potret Bokeh Flare Portrait, mod AI Super Night Portrait dan turut menyokong penstabilan video hibrid.

Kapasiti bateri adalah 4830mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang boleh mengecas peranti 0% ke 40% dalam masa 15 minit. Peranti turut hadir dengan ciri perlindungan bateri Smart Charging Engine.

Vivo V25 Pro menjalankan sistem operasi Funtouch OS 12 berasaskan Android 12 dengan beberapa ciri yang diambil inspirasi daripada Origin OS. Peranti ini akan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Surfing Blue dan Starlight Black.

Di Malaysia Vivo akan menjual satu variasi sahaja iaitu 12/256 GB pada harga RM2,499. Pra-tempahan bermula dari 20-26 September dengan pemulangan tunai sebanyak RM100.

komen


© Amanz / 2022 Kami