Intel N100 Dan N200 Mungkin Pengganti Cip Pemprosesan Intel Pentium Dan Celeron

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. oleh .

Pada minggu lepas, ia telah dilaporkan bahawa Intel akan menghentikan penggunaan nama model cip pemprosesan Pentium dan Celeron bermula tahun hadapan. Kedua-dua model cip pemprosesan ini nampaknya akan digantikan dengan nama model baru.

Laman web teknologi Jepun Coelacanth Dream telah menemui dua nama baru dalam bootlog Intel, iaitu Intel Processor N100 dan Intel Processor N200 yang dijangka akan menggantikan nama Pentium dan Celeron tersebut.

Siri cip pemprosesan ini dijangka akan hadir dengan nama-nama seperti Intel Processor N150, N250 dan sebagainya dan akan diperkenalkan sebagai Intel Alder Lake-N dan akan digunakan dalam komputer-komputer riba produktiviti mampu-milik ataupun pada komputer-komputer seperti Chromebook.

Dari segi spesifikasi, ia dianggarkan bahawa cip-cip pemprosesan ini akan hadir dengan teras-teras Efficiency sahaja, dan akan menggunakan kuasa sebanyak 9-15W sahaja. Walaupun dinamakan Alder Lake-N, ia akan ditawarkan disamping cip-cip pemprosesan Intel generasi ke-13 Raptor Lake.

komen


© Amanz / 2023 Kami