Sony PlayStation 5 baru sahaja menerima model yang dikemaskini supaya lebih ringan berbanding dua model yang terdahulu. Ini dilakukan dengan mengubah rekaan bongkah penyejuk GPU dan CPU konsol. Selama ini juga hanya model dengan pemacu cakera Bluray dan satu lagi versi digital dijual. Tetapi kini muncul ura-ura pada model PS5 yang seterusnya, pemacu cakera versi boleh ditanggalkan pula akan dijual.
Ini dilaporkan oleh laman Insider Gaming yang memetik sumber dalaman. Dengan model baharu ini, Sony akan mengekalkan komponen yang sama cuma pemacu cakera Bluray boleh ditanggalkan dengan ia disambungkan pula kepada port USB-C di belakang konsol. Dengan ini pemilik versi digital boleh membeli pemacu cakera di masa hadapan jika ingin berubah fikiran.
Pada waktu ini PS5 sedia ada tidak boleh membeli sebarang pemacu cakera Bluray untuk disambungkan kepada konsol versi digital. Dengan versi baharu ini Sony hanya perlu menghasilkan satu sahaja model dengan mereka yang masih inginkan pemacu fizikal akan diberikan berkas dengan ia disertakan sekali dalam kotak.