Sebagai platform media sosial utama dunia, berbilion mesej dihantar setiap hari di WhatsApp oleh pengguna. Tetapi satu ciri yang masih belum diberikan ialah sokongan menyunting mesej yang telah dihantar. Jika berlaku kesilapan, pengguna perlu memadam mesej sedia ada dan menghantar mesej baharu.

Menurut laporan WABetaInfo dalam ujian 2.22.20.12 Beta yang terkini, WhatsApp akhirnya menguji ciri menyunting mesej yang telah dihantar. Bagaimana ciri ini akan digunakan dan adakah notifikasi akan diberikan jika mesej disunting masih belum diketahui kerana tangkapan layar yang dikongsi tidak menunjukkannya. Jika diberikan kelak, WhatsApp akan memberikan ciri yang telah lama diminta oleh pengguna.
- Sumber
- Sumber – WABetaInfo