Carian
Hilton Akan Menghasilkan Rekaan Dalaman Stesen Angkasa Spacelab Untuk Pelancong
September 20, 2022 Effi Saharudin

Spacelab ialah stesen angkasa swasta yang akan dilancarkan menjelang 2027. Ia adalah hasil kerjasama Lockheed Martin dan Voyager yang ingin menawarkan pengalaman tinggal di angkasa lepas untuk pelancong. Bagi memastikan keselesaan pelancong, rekaan kabin Spacelab akan direka oleh Hilton.

Dengan kepakaran perhotelan mereka, Hilton akan merekan tempat tinggal pelancong serta bekerjasama untuk meneliti peluang untuk pemasaran hotel di angkasa lepas. Selain menawarkan hotel untuk pelancong, Voyager turut ingin menawarkan ruang untuk melakukan eksperimen sains dan makmal kajian.

Voyager memilih Hilton kerana pengalaman lebih 100 tahun mereka dalam industri hospitaliti dan pandangan mereka pastinya unik kerana selama ini stesen angkasa direka oleh jurutera yang tidak mementingkan keselesaan angkasawan.

Komen