Cari @ Amanz

Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kini berkongsi sejumlah perkembangan berkenaan pelaksanaan 5G di Malaysia.

Salah satu perkara yang turut dikongsikan adalah berkenaan DNB, dimana SKMM telah memberikan DNB lesen yang berkenaan untuk tempoh 10 tahun, sehingga 2031 kelak, termasuk memperuntukkan spektrum khusus 5G yang telah dikenal-pasti.

Hanya spektrum yang ditetapkan ini sahaja akan dibenarkan untuk perkhidmatan komersil oleh penyedia perkhidmatan.

Seperti biasa, kebiasaannya, penawaran perkhidmatan seperti ini akan tertakluk kepada pembaharuan lesen selari perkembangan dan pelaksanaan perkhidmatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd