5G Kini Meliputi 33% Kawasan Berpenduduk Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Komunikasi dan Multimedia, kini berkongsi mengatakan terdapat lebih 2100 tapak 5G yang kini beroperasi, setakat Ogos 2022 lepas.

Selari dengan perkembangan tersebut juga, kini liputan 5G mencecah 33% kawasan penduduk di beberapa buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Kerajaan menyasarkan untuk meliputi 36% kawasan penduduk di Malaysia menjelang penghujung 2022 ini.

Aktiviti memperluaskan liputan 5G dijangka dilakukan meluas dalam bulan-bulan akan datang, dengan sasaran mencapai 80% menjelang penghujung 2024 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami