Cari @ Amanz

Selain daripada Vivo V25 Pro, Vivo turut melancarkan TWS baharu mereka iaitu Vivo TWS Air. TWS ini ditala dengan Vivo Golden Ears Acoustics Lab dan turut menyokong teknologi pembatalan hingar.

TWS ini adalah jenis separa terbuka dalam telinga seakan earpod. Vivo mendakwa TWS baharu mereka ini boleh bertahan sehingga 25 jam bersama pod pengecasan dengan kapasiti bateri 402mAh.

Vivo TWS Air menggunakan pemacu audio 14.2mm yang dipadankan dengan dua mikrofon. Teknologi DeepX 2.0 turut digunakan untuk sokongan audio stereo. Jika pengguna menggunakan peranti Vivo, TWS ini menyokong tambatan pantas melalui teknologi Bluetooth 5.2.

Harga jualan di Malaysia adalah RM179 dengan dua pilihan warna iaitu Pebble Blue dan Bubble White.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd