Spotify Kini Mula Menjual Buku Audio – 300,000 Tajuk Kini Ditawarkan, Dijual Berasingan Setiap Satu

Diterbitkan pada Sep 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify sedia menerajui arena penstriman muzik dan juga podsiar. Selain daripada itu, Spotify sebelum ini telah mengambil-alih penyedia buku audio, dan hari ini dilihat telah mula menawarkannya kepada para pengguna di Amerika Syarikat.

Dinamakan Spotify Audiobooks, platform penstriman berkenaan menawarkan sekitar 300,000 tajuk buku melaluinya.

Apa pun, berbeza dengan penawaran lagu dan juga podsiar, untuk buku audio, setiap buku perlu dibeli secara berasingan, sebelum dapat mendengarnya. Setiap buku juga, membawakan harga berbeza.

Buat masa ini, pihak Spotify baru menawarkan ia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan dijangka memperluaskan ia secara berperingkat ke negara-negara lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami